Why thy need to be STOPPED

Banyaknya persoalan yang masih tak terjawab. Apa yang tersurat dan apa yang tersirat… Khas untuk para pengundi-pengundi budiman Parlimen 131 - Rembau, Daerah Beradat dan semua pengundi yang berkelayakan di seluruh Negara umumnya.




Undilah Untuk Negara… bukan undi untuk Pengkhianat Bangsa dan Negara.

01) Menantu Pak Lah cuba nak alih isu… Dia kata kena serangan peribadi dan tuduhan palsu.

02) Menantu Pak Lah cuba raih simpati… Katanya dia terus-terusan kena fitnah dan kena caci.

03) Menantu Pak Lah mengaku dia orang Melayu sejati… Tiba-tiba adat kampung dah jadi serasi suami-isteri.

04) Menantu Pak Lah kata pembangkang hanya dengki dan pandai mengeji… Dia kini kan dah mula nak geng atuk-atuk haji.

05) Menantu Pak Lah cuba jadi orang Rembau Daerah Beradat… Dia cepat-cepat tukar alamat surat menyurat.

06) Menantu Pak Lah takkan tak tahu, pasal ECM-Libra-Avenue punya lah isu… Katanya itu sejarah peribadi AKU. Orang Rembau tak perlu nak tahu.

07) Menantu Pak Lah mungkin ada cerita, bagaimana akrabnya dia dengan Temasek Holdings dan tauke-tauke SINGAPURA… Katanya itu peribadi juga. Biarlah ia terus rahsia.

08) Menantu Pak Lah tak pernah nak kongsi, apa peranan aktifnya di tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri… Kan itu urusan anak menantu dan terlalu peribadi. Rakyat janganlah asyik nak “busy body”.

09) Menantu Pak Lah tak pernah nafikan, bakal menerima sokongan segenap golongan… Termasuk dari siBebal dan setan-setan serta pengundi hantu belaan dari kuburan.

10) Menantu Pak Lah bergelar ahli Parlimen akhirnya tercapailah sudah… Tak payah nak susah tanpa kerenah… Cuma berbekalkan sijil nikah dan sedikit tuah, kerana bapa mertua ku Perdana Menteri yang PALING Lah LEMAH dalam sejarah.

Ps: Selamat menunaikan tanggung jawab buat semua…

Pilihanraya Umum ke 12, 2008 - Referendum Rakyat Menentang Kerajaan Menantu & Anak Beranak.

Beranilah Undi Untuk Satu Perubahan. Kedaulatan & Maruah Negara Tetap Teguh Dipertahan.


About this entry